SUKA ENTRY DI SINI???

Thursday, March 6, 2014

~Misi Untuk Berjimat Cermat~

Assalamualaikum....

Salam buat semua pembaca tegar dan yang tidak tegar di blog picisan ini.  Entri kedua menyusul untuk hari ini dan pagi ini juga.  Setelah sekian lama tidak bersiaran langsung menulis blog dan membuat entri secara berjadual, malam ini aktiviti ini disemai semula dalam diri.  Harap berkekalan lama sedikit tempohnya.

Sejak minggu lepas, aku cuba merajin-rajinkan diri bangun seawal pagi untuk memasak dan membawa bekalan ke kerja.  Digagahkan diri juga yang terkadang dibelenggu rasa penyakit M.  Huh! Memang mencabar.  Tapi demi menjayakan misi untuk berjimat cermat, penyakit yang ada ditolak ketepi walaupun sekali dua gagal menepis penyakit itu.

Hah, bukan nak menunjukkan kerajinan memasak.  Alah setakat masak yang campak-campak apalah sangat.  Misi yang utama berjimat-cermat.  Sebab? Hah! Ada sesuatu yang mahu dibeli.  Jadi perlu menyimpan wang.  Kalau tidak disimpan macam mana mahu membeli.  Begitulah bunyinya.  Jadi inilah solusinya.  Menyimpan iaitu menabung.  Marilah tengok apa yang sempat aku masak awal pagi di kala mata memberat sambil menumis bawang.

Lauk yang ringkas.  Dapatlah mengenyang perut.  Ini aku masak lauk paprik.  Campak apa yang ada dalam peti ais.

Ini pula bekalan untuk semalam.  Pakej lengkap makan pagi dan tengahari.  Maggi goreng untuk sarapan, nasi dan dua jenis lauk iaitu sotong goreng kunyit serta sambal ikan bilis buat makan tengahari.  Itu sahaja gambar yang ada.  Takkan nak tunjukkan gambar bekalan seminggu.  Over pulak.  Jangan nak poyo sangat.  Hehehe...Sekian sahaja entri kedua ini, semoga misi aku untuk membeli barang idaman menjadi kenyataan.  Tidur malam tak lena selagi barang idaman tidak ada di depan mata. 

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                                        

2 comments:

Kakzakie said...

Kira ajelah kalau satu hari makan kosnya RM10-15 ringgit kena sebulan dah jimat banyak tu Fida..

Kalau tak mahal masuk 2-3 bulan dah boleh dapat barang impian..

.:fyzz:. said...

hmm apakah benda yg diidamkan tuh..habaq mai..pepun..sedap menu2 bekal yg fyda buat..:))simple tp leh kenyang kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart