SUKA ENTRY DI SINI???

Thursday, March 20, 2014

~Dua Hari Sebelum Cuti Sekolah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi buat pembaca yang singgah di blog ini.  Tinggal dua hari sebelum cuti sekolah.  Kira hari ini dan esok.  Ke mana destinasi cuti sekolah ini untuk bawa anak-anak? Macam tahun lepas kami sekeluarga bercuti ke Cameron Highlands.  Tetapi kali ini kami bercuti dekat-dekat aje memandangkan bulan 11 haritu sudah berhabis duit ke seberang laut.  Huhuhu...

Okeylah, tinggalkan dulu kisah percutian.  Hari ini dapat bawa bekal tapi hari ini bawa bekal yang mak masak sebab dari rumah mak.  Syoknya...Nak tengok bekalan apa? Mari aku tunjuk...

Ini dia bekalan yang dimasak mak pagi tadi.  Nasi lemak, sambal udang, telur rebus dan sayur kangkung.  Empat buah bekas seperti ini disiapkan untuk anak-anak dan menantu-menantu.  Alhamdulillah, kenyang.  Bolehlah buat kerja bila perut sudah kenyang jangan mengantuk sudahlah.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,
Fyda Adim

1 comment:

Zefa NorAsmara said...

Cutini kami nak balik kg.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart