Wednesday, March 26, 2014

~Mula Bercuti~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Aku cuti hari ini.  Sepatutnya aku mula bercuti esok tapi oleh sebab dilanda demam maka aku terus cuti hari ini.  Malam tadi lepas sahaja asben belikan set mcd terus telan panadol dua biji.  Bangun pagi tadi berat lagi kepala.  Itu yang aku cuti mahu berehat sebab esok mahu bercuti bawa anak-anak jalan.  Jadi kenalah kumpulkan segala mak bapak tenaga dalam diri.  Hihihi...

Ini makanan yang direquest oleh aku orang demam.  Nak makan mcd.  Asben belikan ayam goreng, bubur ayam dan cheese burger.  Sedapnya...nikmat sekali.

Harapnya sudah telan ubat cepatlah baik sebab mahu berjalan-jalan.  Tak sabar!tak sabar! Bila tak sihat ubatnya berjalan makan angin.  Agak spoil sikit mood sebab tak sihat kan.  Dengan sakit tekak, selsema.  Huhu...Tak apa sakit itu penghapus dosa kecil.  Itu sahaja sekian dulu...

Wassalam...

Aku Penulisnya,
Fyda Adim

No comments: