Pages

Sunday, March 23, 2014

~Menu Sabtu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat tengahari semua.  Selamat berhari minggu.  Dah masak ke? Hari ini aku dan anak-anak cuma makan nasi berlaukkan telur kicap sahaja.  Selera nak makan ini sahaja.  Itu pun sudah kenyang.  Bertahanlah perut ini sampai ke petang.  Mungkin...

Jumaat dan semalam mak ayah aku ada tidur kat rumah.  Sebab semalam ayah aku nak ke kenduri kawin rumah kawannya yang kebetulan setaman dengan aku.  Itu yang ayah aku nak tidur kat rumah aku.  Kalau tidak memang tak mahu dia tidur.  

Oleh sebab ada mak ayah aku masak lebih sikit.  Tak adalah lebih sangat pun sebab dah makan kat kenduri.  Untuk sarapan dan makan malam.

 Fetucinni goreng.


Biasalah dah hujung-hujung bulan masak lauk yang ada.  Nasiblah ada lauk.  Masak sayur sikit, udang dan sotong tu aku masak tomyam.  Campak-campak aje.  Yang dalam aluminium foil tu ikan pari asam pedas bungkus.

Inilah rupanya ikan pari yang sudah dimasak.  Itu sahaja cerita aku untuk semalam.  Hari ini tidak ada apa-apa aktiviti setelah seharian berposak ke sana ke mari.  Hari ini cuma bermalas-malasan di rumah saja.  Ada kerja yang perlu dihabiskan mahu mengejar tarikhnya.  Sekian sahaja.

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                                       

No comments: