Tuesday, December 17, 2013

~Mencari SPONSOR Untuk My 7th Anniversary GIVEAWAY~

 ENTRY MELEKAT SEHINGGA
17/12/2013

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...Bersama dengan aku di entri kedua untuk hari ini.  Oleh kerana lagi beberapa hari lagi mahu menyambut ulangtahun ke tujuh perkahwinan, aku berniat mahu menganjurkan GIVEAWAY.  Sebelum ini aku pernah menganjurkan GIVEAWAY pada tahun 2011.  Sempena ulangtahun perkahwinan juga.  Dan tahun ini sekali lagi aku mahu menganjurkan GIVEAWAY.  Cuma kali ini berbeza sedikit kerana aku mencari SPONSOR untuk GIVEAWAY aku.  Kalau dulu aku sendiri yang sediakan hadiahnya.

Dengan ini aku mencari sponsor untuk GIVEAWAY aku sebelum aku memulakan GIVEAWAY yang akan berlangsung dua minggu lagi.  Aku harap ada yang sudi menjadi sponsor untuk GIVEAWAY aku ini.  Hadiah tak kira apa sahaja dari segi wang ataupun material.  Contoh boleh sponsor novel, shawl, topup dan etc.  Terpulang kepada anda semua.  Tiada had minimum atau maksimum diletakkan.

Setiap sponsor akan mendapat backlink dari blog apen-idariana.blogspot.com dan juga dari blog setiap peserta yang menyertai GA itu nanti.  Blog setiap SPONSOR akan dimasukkan ke dalam bloglist blog apen-idariana.blogspot.com.

Peserta pula juga akan diwajibkan untuk follow blog sponsor atau like fanpage sponsor.  Dan akhir sekali peserta diminta untuk klik iklan nuffnang yang terdapat di dalam blog sponsor.  Itu sahaja syaratnya.

Setakat ini sudah ada beberapa blogger yang berminat mahu menjadi SPONSOR untuk GIVEAWAY aku.  Ada yang akan sponsor shawl, tudung, gelang, brooch.  Masih lagi mencari sponsor-sponsor lain yang berminat.  Untuk peringatan, hadiah akan dihantar sendiri oleh pihak penaja.  Kos perbelajaan tidak akan ditaja oleh penganjur.  Harap maklum...

Sekiranya berminat bolehlah tinggalkan komen di entri ini ataupun email kepada saya di alfidah83@gmail.com.  Sekian terima kasih dan ucapan ribuan terima kasih pada sponsor yang sudi memberi kerjasama dalam GIVEAWAY ini.  Sekiranya ada yang terkurang haraf dimaafkan.

Wassalam...







                                                                                                          

3 comments:

adianiez AIDA said...

understood...
ready...
:-)

Unknown said...

akk ni lembap sikit ni...cer bg cara yang senang sikit tuk akk ni...

Umaira Ishak said...

Nak sponsor ? :) Notebook utk seorang :)