SUKA ENTRY DI SINI???

Thursday, December 12, 2013

~Selamat Hari Lahir Buat Mak & Kak Nisah~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua dan salam hari khamis.  Hari ini terasa lemahnya nak ke kerja.  Pagi-pagi dapat mesej daripada Kak Nisah kata dia cuti membuatkan aku terasa malas.  Tapi dikuatkan juga diri bersiap dan kerja.  Huh...Banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum hujung tahun ini.  Sebelum memulakan kerja mahu aku titipkan entri pertama untuk hari ini.

Tanggal 12.12.13 hari ini adalah hari lahir buat dua orang yang aku sayang.  Seorang adalah insan yang paling aku sayang adalah emak aku.  Hari ini adalah ulangtahun kelahirannya yang ke 68 tahun.  Semoga mak sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan terima kasih kerana banyak membantu along, memberi kasih sayang, menjaga along.  Tidak lupa juga sepanjang tempoh tiga bulan kerana ketiadaan suami di sisi, terima kasih kerana menjaga along dan anak-anak.

Dan seorang lagi adalah kawan yang paling aku sayang selain si mira mokhtar adalah Kak Nisah.  Selamat hari lahir kak!!Terima kasih sebab sudi menjadi kawan saya sepanjang tempoh tujuh tahun kita di sini.  Terima kasih kerana sudi menjadi teman gembira dan sedih saya.  Selalu meminjam bahu tatkala saya bersedih.

Ini dia saya dan emak saya.

Dan ini pula bersama teman saya Kak Nisah.  Itu sahaja entri utnuk pagi ini.  Di harap kedua-dua insan ini bergembira dan tenang sahaja hari ini dan hari-hari seterusnya.  Sekian...

Wassalam...







                                                                                                        

1 comment:

Kyla Pearlisha said...

salam.haii smga panjang umur utk mak awak :) do visit my new blog.im newbie hehehhe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart