Pages

Sunday, December 1, 2013

~Selamat Datang Disember!~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.   Disember sudah membuka tirainya.  Ini bermakna sudah tidak lama lagi tahun 2013 bakal ke penghujung. Pejam celik pejam celik sekejap sahaja kita mahu melangkah ke tahun yang baru.  Azam baru tidak lagi difikirkan memandangkan azam-azam yang lama ada yang masih belum terlaksana.

Apa yang bakal terjadi Disember ini?Tak ada yang istimewa.  Mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk akan datang.  November pergi meninggalkan 1001 kenangan yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila.  Kenangan pahit buat diri aku.  Biarlah yang berlalu biar berlalu.  Walaupun terkadang dalam hati tidak dapat melupakan sepenuhnya apa yang sudah terjadi.  Biarlah menjadi rahsia buat diriku sendiri.  Aku masih seperti biasa.  Menjalani rutin harian sebagai seorang isteri dan juga mama. 

Disember, please be good.  Semoga setiap kesedihan yang berlaku akan diberi kegembiraan berpanjangan selepas ini.  Setiap yang berlaku pasti terselit hikmahnya.  Sekian....







                                                                                                                     

No comments: