SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, December 16, 2013

~Berbuka Posa @ Old Town~

Assalamualaikum....

Selamat tengahari semua.  Sebab sempat update blog tengahari ini kerana tak perlu keluar untuk mencari makanan.  Daku puasa lagi hari ini uolls.  Amboi sejak terjebak dengan old town rajin bebenor aku dan asben ke sana.  Asben yang ajar aku dan aku sudah mula jatuh hati dengan makanan-makanannya.  Sedap dan berbaloilah.

Oleh sebab khamis lepas aku dan asben berpuasa, maka asben decide mahu berbuka di Old Town.  Hari tu asben kerja petang so aku dan anak-anak bertiga ke Old Town dulu order makanan.  Tunggu asben datang.  Berposak ye dengan askar-askar aku tu.  Yang nana pula "Mama, nak roti bakar"  "Mama nak air yang ni."  Yang adik pula sibuk nak turun naik kerusi.  Aku memang dah rupa tarzanlah.  Dalam pada havoc tu sempat juga aku snap gambar ye.  Biasalah kena pandai bab-bab mengambil gambar.  Mulut bising tapi tangan gerak.  Hehehe..Pandailah sangat!!!

Aku dah teruja nak order yang ini.  Asben dah whatsapp aku awal-awal nak makan nasi lemak.

Orderkan nugget untuk anak-anak.  Kemudian roti bakar.  Nana nak roti bakar.  Aku suka roti bakar dia dengan mentega dia yang sejuk-sejuk gitu.

Ini menu untuk aku berbuka hari itu.

Ini pula untuk asben.  Thumbs up!!

Ini nugget.  Roti bakar tak sempat nak snap.

Adriana sendiri bergambar.

Mama dan ammar.  Gamabar ni kat insta nampak sikit je gambar ammar.  Ammar buat peace jugak.

Papa dan nana pula.  Ini trademark kami sekeluarga.  Hehehe..Bila bergambar semuanya peace yo!

Ini dessert yang paling aku suka.  Aku suka yang belah kanan.  Namanya aku tak ingat.  Sedap wei..Itulah kisah berbuka kami.  Hari ini aku dan asben puasa lagi.  Tak tahu nak berbuka kat mana samada berbuka seorang diri atau berjanji dengan asben sebab asben kerja petang.  Itu sahajalah ceritanya.  Sambil tu mohlah fikir mahu berbuka apa. :D

Wassalam....







                                                                                                       

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart