Thursday, December 26, 2013

~Batasan Hubungan Suami Atau Isteri Bekerja~

Assalamualaikum...

Selamat hari khamis.  Semalam kita bercuti sempena perayaan Hari Krismas.  Maka aku juga bercuti daripada menulis di blog.  Memang sejak akhir-akhir ini nafsu untuk berblog sangat-sangat merundum.  Huhuhu.  Menyampah tengok blog sendiri pun ada juga.  Lagi lima hari sahaja lagi 2013 akan melabuhkan tirainya.  Tidak memasang azam apa-apa untuk tahun depan.  Hanya mahu melaksanakan azam yang masih belum dapat dilaksanakan pada tahun ini.

Okey, berbalik kepada tajuk di atas hari ini aku nak kongsikan sesuatu di sini.  Sesuatu yang menarik perhatian dan memberi pengetahuan buat diri ini yang serba kekurangan dan masih kurang tentang agama.  Aku tertarik dengan perkongsian ini maka aku kongsikan juga buat semua.  Semoga dijadikan rujukan buat kita semua.

Ini gambar hiasan semata-mata.  Laki bini bolehlah bergambar berdua.  
 
Copy paste dari wall seorang sahabat FB…dan saya sangat setuju dgn statement ni..istilah “isteri cemburu/suami cemburu” atau “takut bini/suami garang” itu semua selalu siperkatakan tapi kenapa kita tak pernah memandang kepada hukum pergaulan terutama yang telah berumahtangga??
Amalan makan bersama lelaki dan perempuan rakan sekerja bercampur gaul dan beramah mesra satu meja antara rakan sekerja , dan makan berdua-duaan bersama suami orang atau isteri orang ? For me, gejala yang kurang sihat, akan mengakibatkan pergaulan mesra antara suami atau isteri orang lain, dan menambahkan lagi kemesraan lelaki dan perempuan yang ajnabi.

For me, cukuplah hubungan di tempat kerja itu bagi especially for married women/ men.. hanya setakat hubungan KERJA,BERKOMUNIKASI TENTANG KERJA..tidak lebih baripada itu. – melalui pandangan mata saya, ramai org islam kita yang berkahwin tidak menjaga adab dan tatasusila ini.  Dalam Islam, saya selalu mengingati kata2 seorang ustazah ini melalui program al-hidayah tv3, dimana beliau menasihati agar TIDAK ADANYA PERGAULAN MESRA ANTARA SUAMI/ISTERI ORANG LAIN.. kerana pepatah melayu, siikit2 lama2 jadi bukit.. sikit2 anda bergaul mesra dengan yang lain, lama2 anda bertambah mesra.. pergaulan suami/isteri di rumah akan hambar.. kerana DI LUAR LEBIH MESRA DAN MENARIK..-FIKIR-FIKIRKAN.. ANDA MENCORAK HUBUNGAN DAN BATAS PERGAULAN DIRI ANDA-”

Anda setuju tak dengan pernyataan ini?Sangat-sangat menginsafkan diri ini.  Ada orang cakap sekadar kawan.  Bagi aku tak ada istilah kawan rapat antara lelaki dan perempuan.  Dalam Islam sendiri ada batas dalam pergaulan.  Benda ini nampak remeh tapi memberi impak yang besar pada kita.  Tak perlu makan berdua-duan, berbalas mesej atau apa jua sekali pun yang mendatangkan kepada pergaulan yang tidak sihat.  Sebab itu zaman sekarang ini banyak kes suami orang ada affairs dengan isteri orang.  Dah jadi macam trend kan?Sama-samalah kita renungkan tentang ini.  Semuanya terpulang pada diri masing-masing.

Sekian dulu...Wassalam..

With love, 
Fyda Adim

Publish!






                                                                                                          

2 comments:

Unknown said...

kena ingat tu

Unknown said...

Setuju tu sis. Tp kdg2 ada jugak hbngn kawan sblm kawin tu tbawak2 hingga slps kawin.cnth cmni "before kawin dgn u pon i dah kawan baik/rapat dgn si A tu" sungguh sakit hati bila dengau heheh