SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, December 2, 2013

~Berdua Lebih Baik~

Assalamualaikum...

Selamat petang...Ini kisah beberapa minggu lepas.  Tajuk tak menahan.  Gempak sikit.  Gempak ke?Kisahnya berlaku sewaktu anak-anak di rumah mil.  Memang masa dihabiskan untuk berdua.  Sesekali kan?Memandangkan sudah tiga bulan ditinggalkan.  Inilah masa untuk menghabiskan masa bersama.  Tengok wayang, makan dan jalan-jalan.  Bajet pengantin barulah kononnya.  Ahakks...

Sesekali kena habiskan masa berdua.  Berdua itu lebih baik.  Nak jalan jauh-jauh tanpa anak belum datang kekuatan nak tinggalkan mereka.  Jadi kita pusing-pusing dalam Melaka jelah..

Ini masa nak tengok wayang.  Wayang start jam 9.40 malam.  Gigih aku beratur nak beli popcorn.  Tengok cerita omputih.  Tajuknya Carrie.  Aku ni kalau omputih macam kurang tapi nasiblah cerita ni okey. 

 Kemudian asben bawa makan.  Makan kat ikan bakar.

Inilah wajah asben sekembalinya dia dari Sabah.  Gambar aku non ado.  Asyik-asyik muka aku je.

Oleh sebab aku penggemar ketam, asben belikan dua ekor untuk aku.  Ekor ke ketul?Huhu..Tiba-tiba tak tahu nak guna...Itulah kisah kami sepanjang ketiadaan anak-anak.  Dua hari je anak-anak tiada kemudian aku dah desak asben amik dia orang.  Mana boleh lama-lama...

Sekian...







                                                                                                         

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart