Wednesday, December 18, 2013

~Bergembiralah Dengan Cinta~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Sudah rabu.  Aku menghitung hari untuk ahad ini.  Kalau hari tu menghitung hari tunggu sang suami pulang, kini dia sudah pun berada di sisiku.  Kalau diberi lagi untuk aku tempuh tiga bulan tanpa suami aku tak sanggup dah.  Cukuplah yang itu sahaja.  Peritnya hanya aku sahaja yang tahu.

Pagi ini aku nak kongsikan kata-kata manis lagi dari Dr. HM Tuah Iskandar dalam buku tulisannya.  Buku apa tajuknya.  Tak silap aku buku cinta terlarang.

"Cinta sepatutnya membuatkan kita gembira dan ingin hidup seribu tahun lagi, tetatpi seandainya cinta membuatkan kita resah dan bersedih alangkah tidak cerdiknya percintaan kita itu."

Itulah sahaja yang mahu aku kongsikan pagi ini.  Semoga semua yang sedang bercinta akan berasa gembira.  Cintailah pasangan anda seadanya. Jangan jadikan percintaan kita tidak cerdik.  Sekian dulu...

Wassalam...








                                                                                                        

2 comments:

GREENJADE said...

nice quotes..mmg betul kata2 Dr HM Tuah tu...biasa cinta buta boleh dikategori cinta tak cerdik..wallahualam ..huhuhuhu

adianiez AIDA said...

wah! aida sungguh suka kata-kata tu, fyda. yes la kan, rumahtangga mana yg tak dilanda dugaan. kita mesti abis sedaya upaya bergembira dgn cinta kita :-)