Saturday, November 16, 2013

~Selamat Pagi Sabtu!~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Sudah sabtu.  Sabtu lepas aku di Sabah.  Masih tak boleh lupa waktu-waktu manis di Sabah tempohari.  Memang best, terasa mahu ke sana lagi.  Hari ini secara rasminya aku sudah pulang ke rumah setelah beberapa bulan ketiadaan asben.

Kembali seperti biasa menguruskan kerja-kerja rumah.  Hari ini aku terjaga awal seperti mahu ke kerja.  Terus bangun.  Oleh kerana sudah bangun awal maka blog diterjah dulu sebelum aku meneruskan misiku di dapur.  Hari ini bercadang mahu masak sahaja dan lepak-lepak di rumah. 

Okeylah, selamat berhujung minggu semua bersama keluarga tersayang.  Nanti aku update lagi ye.  Cerita di Sabah belum lagi berkesempatan.  Gambar baru sahaja ditransfer ke pc.  Banyak!Pening nak memilih.Naik juling mata.  Tak apa, berikan masa pada diri sendiri.

Sekian dulu.  Chao....






                                                                                                                       

No comments: