Pages

Monday, November 18, 2013

~Hari Pertama : Rumah Terbalik @ Sabah~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Korang makan apa lunch hour tadi?Aku pekena nasi dan asam pedas tetel.  Delicious!Sedap hingga menjilat jari tapi aku makan guna sudu dan garfu.  Hehe...Oleh sebab kemengantukan menghadap pc dari tadi mohlah jengah blog sebentar.  Mahu update entri ketiga untuk hari ini.

Entri ini akan memulakan kepada penceritaan aku dan keluarga di Sabah untuk hari pertama.  Hari pertama adalah untuk aku dan anak-anak memandangkan asben sudah berbulan di sana.  Marilah mulakan cerita.  Sabtu itu (9 November 2013) tarikh itu juga aku genap berkhidmat tujuh tahun di Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Aku sempat tulis entri itu sebelum ke Sabah.  

Awal pagi sudah bersiap.  Aku, anak-anak mahupun suami.  Nak berjalan kan.  Haruslah siap awal pagi.  Sesampainya aku di Sabah, aku menginap di AKMAL Sabah.  Selesa sangat.  Pagi itu bersarapan di kafe AKMAL sahaja.  Kemudian terus keluar ke destinasi yang mahu dituju.  Tempat pertama yang kami pergi adalah Rumah Terbalik. 

Dua beradik ini di kawasan parkir Rumah Terbalik.

Tiket masuk sudah pun dibeli.  Dewasa RM10, kanak-kanak RM5.  Ammar percuma.

Mama dan Ammar.  Muka pucat!Rupa mumia kut. Huhuhu...

Nana pegang tiket.

Masuk-masuk bergambar kat kereta terbalik ni.

Aksi papa dan ammar.

My triple A.

Papa dengan aksinya.

Ini sahaja gambar kami berempat.  Minta tolong orang ambilkan.  Tapi yang terkilannya gambar ini blur!!

Dalam rumah tak boleh bergambar.  Ini sewaktu sudah keluar dari dalam rumah.  Basikal itu.  Nampak tak?

Kakak dan adik.

Mama dan anak-anak pula di tandas terbalik.

Papa bingung, anak-anak?

Gambarku sendirian setelah lama tidak ada gambar solo.

Suasana permandangan di sekitar Rumah Terbalik.  Cantik!

Gambar solo aku lagi.  Nampak tembam pulak bertudung ini ke aku memang tembam.  Tak sedar dirilah tu.

Sebelum pulang bergambar bersama anak-anak pula.  Kemudian kami mahu ke tempat yang agak jauh perjalanannya yang begitu mencabar.  Akan diceritakan kemudian.  Bersambung lagi di lain entri.  Jangan bosan mendengar cerita lima hari aku di Sabah ye.

Sekian dulu.  Wassalam..







                                                                                                         

No comments: