SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, November 18, 2013

~Bila Kembali Berempat~

Assalamulaikum....

Selamat petang.   Mood menulis datang sebelum meninggalkan pejabat.  Masih lagi di office.   Aku pun ambil ipad dan update lah blog memandangkan semalam ada gambar yang aku rakamkan ketika kami hang out berempat.

Setelah hampir tiga bulan waktu itu tidak dikecapi dan kini kemvali berempat.   Bila ada kelapangan haruslah menghabiskan masa bersama.  Keluar jalan-jalan, makan dan balik!  Semalam kami hanya ke Aeon Bandaraya.  Lepak-lepak kat situ aje.

Ammar memerhatikan apa ntahlah.  Waktu ini di kedai yang jual barang berharga RM5.

Ambil gambar mereka bertiga.

Ini mahu ke lif sebab nak kedai buku.  Aku mencari satu buku.   Tapi buku lain yang menarik perhatianku.   Ada diceritakan buku apa itu di entri sebelum sebelumnya.

Selesai urusan di aeon kami ke Bukit Baru untuk makan.  Makan di kedai mee basah sebab asben mahu makan sup kambing.  Peminat tegar pada kambing.

Adriana aku orderkan nasi ayam.

Ammar minta bergambar juga tapi nak sorang-sorang.  Kakak menyakat kat belakang tu.  Dimarahnya kakak tu.

Akhirnya ada gambar dia seorang diri tapi mukanya masam.  Kuat merajuk!Tang merajuk ikut perangai siapa tu.  Huhuhu...

Dan inilah menu untuk aku malam tadi.  Mee basah dimakan, nasi ayam yang tak habis pun aku makan.  Hihi...Itu sahaja aktiviti kami berempat semalam.  Masa yang berkualiti sangat bermakna ketika bersama keluarga.

Sekian...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart