Sunday, November 3, 2013

~Kisah Jumaat~

Assalamualaikum...

Selamat pagi ahad.  Semalam tak berkesempatan nak update apa-apa.  Mood mengemas datang.  Maklumlah mengemas beg haruslah bersemangat.  Huhuhu...Cuma malam tadi je sempat tulis satu entri berkaitan dengan GA.  Dapat jugak join satu GA setelah beberapa kali diajak Kak Nisah.  Bolehlah.  Ada rezeki adalah kan.

Oklah nak cerita kisah jumaat yang agak menakutkan aku.  Petang balik kerja terus jemput anak-anak dan my mom ikut.  Dalam perjalanan balik rumah aku menuju ke Mydin nak beli barang.  Sampai Mydin hujan turun dengan lebatnya.  Aku sorang turun kejap menuju ke Nadira Shoppe.  Kemudian terus ke kereta semula.  Masa ni memang hujan dah lebat.  Tawakkal je. 

Kat traffic light kat Mydin ni jammed.  

Tengok tu.  Punya panjang.  Aku snap siap whatsapp pada asben.

Gerakan perlahan sebab traffic lite cepat bertukar warna merah.  Masa ni kilat memancar-mancar.  Aku memang dah cuak.  Mulut tak henti-henti terkumat kamit membaca doa.  Nak cepat sampai rumah je.  Memang aku rasa jauh sangat perjalanan nak balik masa tu.  Alhamdulillah selamatlah juga sampai walaupun basah kuyup nak buka pintu gate.  Motif!!Abang, sila buat auto gate.  Ahaksss,

Oklah sampai sini sahaja entri untuk hari ini.  Bersambung lagi.






                                                                                                                      

No comments: