Monday, November 4, 2013

~Salah Satu Wishlist Yang Akan Terlaksana~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Mood mahu menulis di blog picisan ini.  Tapi ini semua entri yang sudah ditaip berjela-jela terlebih dahulu dan dipublishkan secara sendirinya.  Magic kan?Entri schedule ye.  Fahamkan?Tak naklah orang ingat aku kat office dok update blog.  Takut ada orang yang tak faham.  Itu yang terpaksa diulang-ulang walau seratus kali pun.  Huhuhu...Terpaksa buat entri autopublished sebab kekangan masa.  Tapi tidak mahu blog tidak berupdate.  Begitulah alasannya.

Kalau ingat lagi entri aku di SINI, ini adalah salah satu wishlist aku.  Iaitu mahu membawa anak-anak menaiki pengangkutan udara.  Yes!!Nak bawa mereka menaiki kapal terbang.  InshaAllah jika tidak ada apa aral yang melintang aku dan anak-anak akan terbang ke Sabah untuk bertemu dengan hubby dan papa mereka.

Sumber gambar dari google.  Pengalaman pertama dan pengalaman baru untuk anak-anak aku nanti menaiki pengangkutan udara.  Kira untunglah kecik-kecik dah naik.  Aku mengandung adriana baru dapat naik masa nak bercuti ke Langkawi.  Rezeki masing-masing.  Harap anak-anak aku gembira!

Sekian entri hari ini.  Bersambung lagi.







                                                                                                                    

2 comments:

Myra Mokhtar said...

sob..sob..sob.. :'( asl sedih sangat entry ni?? ke aku yg emo sebab kawn x de huhu

.:fyzz:. said...

bestnya..harap2 perjalanan nnti semuanya oK..