SUKA ENTRY DI SINI???

Friday, November 15, 2013

~Perjalanan Aku Dan Anak-Anak Ke Sabah~

Assalamualaikum....

Selamat petang.  Hari ini tidak ke mana-mana.  Cuma ke kafe dalam bangunan bersama Kak Nisah untuk tapau makanan.  Kawanku si Mira Mokhtar tiada di pejabat.  Jadi urusetia di Pagoh.  Semoga dia baik-baik aje di sana.  Hehehe...Memandangkan hari ini baru mula kerja selepas pulang bercuti, maka hati ini belum sepenuhnya ada.  Mood masih swing.  Bukan kerana apa pun tapi sebab keletihan yang amat.  Kaki kejung, tangan sengal, badan sakit-sakit.  Semua terasa.

Mana tidaknya, ke Sabah aku bertiga sahaja.  Memandangkan asben menanti kedatangan kami di sana.  Kalau sudah bersama anak-anak faham-faham sudahlah.  Macam-macam ragam tapi masih boleh dikawal lagi.  Tidaklah seteruk yang aku bayangkan sebelum pergi.  Alhamdulillah...

Okey, mari mulakan cerita.  Aku ke LCCT dihantar adik, adik ipar dan mak aku.  Macam nak hantar aku ke umrah pulak.  Hehehe..Flight aku jam 4.30 petang jumaat lepas.  So memang hari tu aku cuti.  Pagi-pagi sudah bersiap.  Semangat kan nak jumpa laki.  Lama kut tak jumpa siapa yang tak bersemangat.

Perjalanan bermula.

Amik resit tol.

Dan perjalanan bermula menuju ke destinasi sepatutnya.  Dalam kereta aku sudah tidak keruan.  Serba tak kena dudukku.  Risau macam mana nak handle anak-anak sendiri.  Cuba berfikiran positf.  Aku risau kalau ammar meragam.  Adriana mungkin tidak ada masalah sebab dia sudah besar.

Sampai LCCT jam 1 tengahari.  Berjam-jamlah nak melangut kat LCCT tu.  Inilah gaya budak bertiga.

Ini gaya masing-masing sudah keboringan.  Masa ni beg besar aku sudah dihantar masuk.  Tak lterlarat nak menolak.  Beg tarik sampai laki aku kata besarnya beg.  Yelah baju-baju untuk tiga orang.  Memanglah sebesar itu.

Ini aku sudah berada di balai berlepas.  Sudah bertiga.  Mak dan adik sudah pulang.  Bermulalah pelbagai reaksi di sini.  Bercakap tak henti-henti. "Nana, duduk." "Ammar jangan berdiri."  Bla bla bla.  Kering tekak rasanya.  Nasib flight tak delay lama.  Aku memang cuak kalau dia umumkan delay.  Huishhhh.  Ammar sudah tidak sabar-sabar.  Bila sudah sampai masa untuk naik flight dia tak mahu berjalan pula.

Sebelum naik flight kakak isi minyak dulu.  Hehehe.  Ammar sudah tak reti duduk.  Masa nak berjalan ke flight ammar tak mahu berjalan.  Sudahnya aku dukung.  Dahlah aku sandang beg, bawak beg kamera lagi, sebelah kiri dukung ammar pula.  Rasa dah macam badang hari tu.  Gagah perkasa.  Serba-serbi memikul.

Adriana dah macam-macam reaksi.  Ini salah satunya.

Ini sudah dalam flight.  Gambar ini menunjukkan ammar tidak reti diam.  Sampai bergegar.

Entah apa yang ditengokknya.

Anak-anak aku sudah macam jakun.com Hehehe.  Adriana tidur jugak dalam flight.  Ammar tidak!Dia berdiri boleh tinjau orang belakang, tinjau orang depan.  Huhuhu..Anak oh anak..Sejurus mendarat aku dan anak-anak berjalan dengan pantasnya ikut orang dalam flight.  Nak amik beg.  Nasiblah tak lama tunggu beg keluar.  Gigih tarik beg yang besar kedabak itu.  Anak-anak duduk tepi.  Nasib ammar tak meraung suruh dukung.  Cuba bayangkan kalau aku nak amik beg dia suruh aku dukung.  Celah mana aku nak tarik beg?Dapat je beg terus tolak troli keluar dan aku sudah nampak asben sudah tunggu di luar.  Anak-anak berlari-lari mendapatkan papanya.

Sampai-sampai asben bawak makan ini.  Sebabnya hujan masa kita orang sampai.  Ini sajalah tempat yang sesuai diterjah untuk mengisi perut.  Selesai makan asben bawa kami ke tempat penginapan di AKMAL.  Selesalah tempatnya.  Kita orang pun seronok.  Itu sahajalah kisah untuk malam itu.  Nanti sambung cerita lagi.  Hari pertama di Sabah.  Tunggu...







                                                                                                        

1 comment:

.:fyzz:. said...

nk tergelak hat kata jakun.com tuh heheh..besala fidah anak2 mmg la gitu peel depa kan..yg penting at the end dpt jumpa papa ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart