Thursday, May 9, 2013

~Tag Namaku~

Assalamualaikum....^____^

Happy thursday semua. Esok dah jumaat. Kejap je kan hari-hari kita berlalu. Yang penting aku suka jumaat sebab masa rehatnya panjang. Dan yang paling penting lepas jumaat adalah hari sabtu. Hari cuti dan masa berehat-rehat di rumah bersama anak-anak. Asben aku kadang-kadang kerja bila shifnya. Itu sebab berehat dengan anak-anak. Kalau kena time off dia memang best. Dia bawak jalan-jalan. Kalau tak dok umah saja alamatnya. Nak berjalan bertiga memang takler. Haru biru jadinya. Heee..

Okay, berbalik kepada tajuk sebab aku suka bermukadimah dulu kan. Nak cerita pasal tag nama aku. Aku sudah 7 tahun bekerja dengan kerajaan. Dari tahun 2006 hinggalah ke saat ni. Alhamdulillah. So kalau untuk 1st time masuk kerajaan akan dapat nametag free.

Dua nametag aku yang lama dan yang baru. Rupa yang sama tapi ada perbezaannya.

Ini nametag aku yang lama. Dah buruk rupanya.

Ini yang baru. Aku baru dapat semalam. Tak keluarkan dari plastik lagi. Nak tahu sebab apa aku buat yang baru?Buat kali kedua kena bayar sendiri. Satu nametag berharga RM7.50.

Nametag lama kena guna pin. Aiyakkk. Selalu mengelat nak pakai sebab nak cucuk pin ni. Rosak tudung ahkak okay. Heee. Padahal tudung bawal je pun. Kecoh je lebih. Kotlah berfareeda bagai tu bolehler bising. Tak mampu nak pakai tudung mahal-mahal.

Tadaaa...Yang baru ni guna magnet. So lekat jelah. Tak adaler berlubang-lubang tudungku. Tapi tak tahulah rajin atau malas juga nak pakai nametag ni. InshaAllah, kena pakai. :D

Itu jealah cerita nametag aku yang lama dan yang baru. Tak ada yang lama, mana nak datang yang baru. So janganlah lupakan benda yang lama. Mungkin yang lama tu banyak berjasa pada kita. Peace yo!!






                                                                                                                       

1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Tapi yg magnet ini kalau silap boleh jatuh Fida, berbanding pin biasa ok lekat sampai balik rumah..