Wednesday, May 15, 2013

~Ikan Dan Akuarium~

Assalamualaikum semua...(buat nada Johan lagi hokey)

Selamat pagi.  Hari ini sudah hari rabu!!Biarlah menjadi hari rabu yang awesome!!Pagi-pagi dengar radio Era pasti akan terhibur.  Sambil drive tergelak sorang-sorang.  Drive pun tak stess, boleh memandu macam nak makan angin.  Nanti kereta belakang pun dok marah sambil membunyikan hon.  Hehehe..

Apa yang aku merepek pagi-pagi nie?Biasalah mukadimah selalu ke lain.  Tajuk atas pasal ikan dan akuarium.  Okey, mari dengar cerita saya.  Kisah ikan dan akuarium.  Rasanya dah dua bulan ikan-ikan nie tinggal bersama kami.  Hehehe.  Boleh gitu?

Ini adalah hobi asben, bukan aku!Aku tidak serajin dia.  Nak tukar air ikan lagi aku tak rajin.  Sebut tak rajin boleh kan?Bukan malas cuma tak rajin.^___^

Mari tengok akuarium comel kita orang.  Sekarang, inilah tempat menenangkan fikiran.  Tengok ikan-ikan berenang.

Inilah akuarium comel kami.

Ada 5 ekor ikan emas dan 2 ekor ikan bandaraya.

Ini ikan emas aku yang pilih.  Seekor berharga RM28.

Satu lagi yang ini, sama juga harganya.

Cantik tak?Ada topi ada kepalanya.

Kat kedai nie kita orang beli alat kelengkapan ikan.  Kedai nie di Bukit Baru bersebelahan dengan AKMAL.  Tapi asben aku kata kedai nie mahal.

Lihatlah anak-anak aku yang agak jakun.com di situ.  Hehehe..Lama-lama dah ok anak-anak aku.  Ammar mula-mula takut.  Tak nak dekat.  Sekarang!!!!Siap tabur kerepek ubi dalam akuarium.  Dah kerjaan aku kena kutip kerepek-kerepek yang terapung dalam akuarium. OMG!!OMG!!Lain tuan, lain penjaga ikan nie.  Tuan ikan laki den, penjaganya adalah aku!

Ok, bye!!!







                                                                                                        

1 comment:

fazilzura said...

lama x bela ikan