Friday, May 10, 2013

~Mereka Bertiga~

Assalamualaikum...

Entri untuk petang hari sebelum balik.  Masuk ni entry keempat. Hah tadi belek-belek kat draft memang banyak entri yang tertunggah.  Tertangguh untuk diceritakan di sini.  Nak delete sayang pula.  Sebab inilah kenangan yang boleh disimpan.  Akan datang boleh baca sendiri.  Orang lain tak baca pun tak mengapa.  Kalau tak update blog macam tak lengkap je hidup ni. Ini semua poyooo. ^____^

Nak cerita kisah mereka bertiga.  Siapa mereka?Anak-anak aku serta anak buah aku yang sorang itu.  Kejadian ni dah lama berlaku.  Gambar ni diambil masa bila pun aku dah tak ingat.  Tapi yang pastinya tempat kejadian kat rumah aku.

Masing-masing leka dan khusyuk melihat kartun Upin Ipin.  Sampai amik gambar pun tak perasan.

Tengok tu. Masing-masing menunjukkan belakangnya.  Heee..Kalau bukakkan kartun mesti masing-masing dok diam.  Kalau tidak ada saja pekerjaan dia kalau bersama.  Selalu yang bergaduh ammar dengan nayli.  Ada saja barang yang direbutnya.  Itu saja kisah mengenai mereka bertiga iaitu Adriana, Nayli dan Ammar.








                                                                                                       

1 comment:

Ummiarissa Mahdi said...

budak-budak memang begitulah...bila leka dengan satu perkara,perkara yang lain dah tak ingat dah...