Pages

Tuesday, May 28, 2013

~Masa Terisi~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari.  Ini entri schedule ye.  Nak cerita serba sedikit hari sabtu lepas.  Hari sabtu yang terisi dengan aktiviti.  Memandangkan asben ada projek nak dilakukan di rumah dan aku kenalah cari aktiviti lain.  Projek yang asben buat bila aku kata 'Puasa lagi50 hari je lagi.'  Hehehe...Nantilah aku ceritakan projek apa itu.  Kalau rajinlah...

So, hari sabtu pagi just masak burger je sebab asben kata tengahari kita makan kat rumah kenduri.  Kebetulan jiran depan rumah ada buat kenduri kahwin.  Baguslah tu.  Tak payah masak sebab balik dari kerja kawin aku nak keluar beli barang.  Asben kena habiskan kerjanya sebelum kita orang balik.  Sudahnya adriana tinggal tolong papanya.  Aku dan ammar saja keluar.  Sebelum tu aku amik my mom dan SIL aku.

Mula-mula kami ke Tesco sebab nak aku nak beli pampers.  Ada beli benda sampingan lain.

Kemudian ke kedai kek.  Nak buat sesuatu yang sudah lama ku teringin nak makan.  Memang dah lama benar oven aku tak berasap.  Lepas dari kedai kek, kita orang ke Jusco pula sebab nak beli barang juga.  Merata beli barang, duit pun banyak habis.  Gitulah ceritanya.  Moral of the story, duduk rumah diam-diam.  Duit pun tak habis. :D

Sekian..








                                                                                                                      

1 comment:

rina_mazlan said...

Wah nak membaking ye..