Pages

Friday, May 10, 2013

~Menang Jam Dari 7 Eleven~

Assalamualaikum....

Selamat petang semua.  Entry ketiga untuk hari jumaat ni. Tadi waktu lunch tengah tak ada buat apa, so mengaranglah kerjanya. Lagipun mood tengah ada.  Kalau mood tak ada memang tak jadi apa pun. Banyak entry yang ada dalam draft tapi aduhai.  Punya malas nak update.

Okaylah, nak share tentang ini.  Menang saguhati je pun. Apa-apa pun alhamdulillah.  Peraduan ni masuk guna nama asben tapi aku yang tukang isi borang-borang peraduan tu.  Sekecil mana pun hadiah yang kita dapat ia tetap rezeki.  Bersyukurlah.

Aku pun sebenarnya dah lupa tentang peraduan ni.  Minggu lepas dapat tahu keputusan ni.  Asben aku telefon kata dia menang jam. Rezeki dia.

Inilah senarai nama pemenang.  Nama laki den kat no 39. Kata asben target lain dapat lain. Apa nak kata, itu je rezeki buat kita.  Nanti kita cuba lain pula.  Kali ni aku dah slow masuk peraduan ni sebab kesuntukan masa. Kadang join mana yang sempat je.

Sekian..







                                                                                                  

No comments: