Monday, May 13, 2013

~Sepanjang Hari Ahad~

Assalamualaikum...^___^

Entri di petang hari sebab tadi waktu lunch berkesempatan untuk menulis.  Maklumler tak kuar makan. Banyak masa terluang.  Itu pun menaip sambil menguap.  Mengantuk betul hari ni.  So, masa 1 jam aku isikan dengan update blog.

Semalam, ahad (12 Mei 2013) aku dan family menghadiri kenduri kawin.  Pakcik aku kawinkan anaknya.  Aku sampai lambat di tempat kejadian sebabnya asben aku tidur.  Baru balik kerja malam.  Adik aku dah lama sampai.  Kita ornag terlepaslah nak tengok persembahan naga.

Jomlah tengok gambar di majlis perkahwinan semalam.  Gambarnya banyak kelam jea.  Geram aku tengok.  Jangan salahkan kamera, salahkan orang yang mengambilnya.

Yok tengok gambar kami.

Sampai-sampai jea kena bergambar berdua.  Nasib lagi sorang pompuan yang gojes tak ada.

Gambar candid bak kata SIL aku.  Hilang ciri-ciri gojes.

Datang-datang bukan nak makan dulu, dok bergambar.  Sebab kena beratur panjang untuk amik makanan.  Eh, ada bodyguard yang gagah perkasa belakang tu.

Ammar nak berdukung je.  Dia tak nak turun.

Oh nayli obek!!!Sayang dia!!Jangan buat muka confuse boleh tak?

Kakak nana yang sudah besar dan banyak songeh!!

Nayli dan uminya.

Gwiyomi.  Gwiyomi.  Betul ke aku eja?Nayli pun pandai.  Umi dia nyanyi dia buat gaya.

Nayli dan umi lagi.  Kali nie gambar versi malas sebab duduk kan.

Kami beramai-ramai duduk melihat permandangan.

Kakak nana dan bibiknya.  Bukan bibik maid ye.  Ini bibik vogue. :D

Ammar memang nak melekat dengan atok je kalau dah nampak kelibat atok.

My small family.

Family adik aku.

Majlis kahwin ni buat kat dewan sekolah ni.

Lepas selesai di majlis kahwin, balik rumah mak jap.  Salin baju dan kita orang keluar untuk mencari sesuatu.  Aku memang malas betul part survey-survey barang.  Tapi aku ikutkan jugak.

Last sekali tempat yang kami tuju setelah beberapa tempat kami pergi iaitu Mahkota Parade.  Barangnya pun kami beli sini.  Aku terpaksa sewa buggy ni sebab dah tak larat nak mengejar Ammar.  Fuh!!!Lap dahi yang berpeluh-peluh.

Dah sewa buggy ni berebut dengan kakaknya pula.  Nana pun nak naik.  Mak ai.  Rasakan nana juga sebelum buggy ni dipulangkan.  Settle membeli kita orang terus balik rumah dek kerana kepenatan.  Pengsan!!!







                                                                                                    


1 comment:

nor faezah alias said...

huh!!susah betul nk amek pic gwiyomi Nayli..waa...entry yang byk dengan pic ku..hihi..thanks akk iparku!!sayang akak terlepas 'dong,dong, ceh'..hihi..