Monday, February 27, 2012

~Seminar Lagi~

Sudah beberapa hari blog ini tidak berupdate.  Nak update kat rumah charger laptop rosak.  masih belum berganti lagi.  Jadi boleh update di office time lunch hour ajelah.

Oklah berbalik kepada tajuk, khamis lepas aku dan officemate menghadiri satu seminar di Auditorium Seri Negeri, Melaka iaitu Seminar Kesempurnaan Solat Pemangkin Integriti yang dianjurkan oleh Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Melaka (INSPIM).

Seminar ini bertujuan untuk memberi penjelasan berkaitan kesempurnaan solat sebagai pemangkin integriti bagi setiap individu serta meningkatkan kefahaman dan kemahiran tentang postur solat yang sebenar serta kesannya kepada kesihatan dan kesejahteraan individu.

Oklah jom tengok beberapa kepinh gambar untuk tatapan semua.

Sedang menyampaikan ceramah tentang postur dalam solat.

Cara rukuk yang betul.

Ini dia officemate yang menghadiri seminar ini.  Dari kiri : Mia, Kak Nisah dan Kak Rehan.

Dan yang ini pulak Kak Mima dan Kak Zu.

Akhir sekali, selesai sudah ceramah.  Majlis untuk memberi cenderahati kepada puan ceramah.  Aku dah lupa nama dia.  Sudah berapa hari punya cerita kan.  Itu ajelah cerita untuk hari khamis.  Untuk entry kali ini, gambar aku tak ada.  Menyampah pulak orang dok tengok gambar aku aje.  :-)



                                                                       





                                                                                                  

4 comments:

fizafantagiro said...

tahun ni tak pegi lagi seminar , kursus , bengkel etc.

AMIIZAA@Mieja said...

seronoknyaaa ada seminar berasaskan islamic:)

nur-afiz said...

mana gambar empunya camera..... heheheee

kasehshapiah said...

sesekali g seminar best gak..