Monday, February 6, 2012

~Journey 2 The Mysterious Island~

Salam...

Cuti tak berkesempatan nak update blog.  Charger laptop aku terbakar so aku tak dapat nak on lappy aku tue.  Stress ok.  Nie aku terpaksa pinjam laptop anak buah aku.  Pinjam sehari jea semata-mata nak update blog. 

Oklah berbalik kepada tajuk di atas, semalam aku berkesempatan menonton wayang yea bersama-sama anak-anak buah aku.  Kita orang tengok movie Journey 2 The Mysterious Island.  Bestlah cerita nie.  Movie nie in 3D. 


So semalam tiket untuk dewasa RM17 dan tiket kanak-kanak RM11. Aku bawak adriana sekali. Aku memang sudah lama giler tak ke wayang. Last plan kekonon dulu nak tengok OMBAK RINDU tapi asben aku macam tak berminat aje nak pegi jadi ku pendamkan aje hasrat itu. Akhirnya tengok OMBAK RINDU kat rumah mak aku di Astro First.

Movie nie mengisahkan pengembaraan ke alam yang penuh misteri dan fantasi. Memang enjoy bila tengok movie nie dalam versi 3-D.  Memang terasa sendiri pengembaraan menakjubkan itu.  Dan yang membuatkan aku teruja sebab actornya.  OMG!!!!Sape lagi kalau bukan....
The ROCK!!!!Memang minat dari sekolah.  Hikhikhik.  Sesiapa yang belum menontonnya boleh pegi yea.  Ceritanya memang menarik...Ok sekian.  Nanti aku upload gambar kami pula berjimba-jimba sebelum dan selepas menonton.  Jalan tanpa arah tujuan.  Wassalam..







No comments: