Friday, August 22, 2014

~Hari Berkabung Malaysia~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang semua. Hari ini rehat panjang dapatlah melelapkan mata dalam sejam dan melayan emosi sendiri. Perasaan sedih menghimpit diri sejak semalam mengenangkan hari ini. Hari ini dalam sejarah. Malaysia diisytiharkan sebagai Hari Berkabung. Ini berikutan bagi menghormati kepulangan 20 jenazah warga Malaysia yang terlibat dalam insiden nahas MH17.

Rakyat Malaysia juga diminta bertafakur hanya seminit sebaik sahaja keranda yang terakhir dimasukkan ke dalam van jenazah. Bersatu dalam doa wahai rakyat Malaysia. Inilah masanya untuk kita bersatu dan menunjukkan sikap simpati terhadap keluarga mangsa MH17.

Selepas sebulan lebih waris penumpang dan anak kapal MH17 menanti kepulangan orang tercinta dengan penuh sabar dan debar, hari ini merupakan titik pengakhiran penantian itu walaupun yang pulang hanyalah jasad. Sebak aku lihat sebaik keranda pertama diturunkan daripada pesawat untuk dibawa ke van jenazah. Perjalanan terakhir untuk disemadikan. Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Buat seluruh keluarga mangsa, semoga mereka tabah. Takziah Malaysia. Selamat bersemadi MH17.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

1 comment:

adianiez AIDA said...

sgt sedih sepanjang ari...
hingga xde mood nak jalan-jalan siang tadi, fida.
tgk berita pun air mata mengalir...