Monday, August 25, 2014

~Karenah Bila Bergambar Beramai-ramai~

Teks : Fyda Adim
Foto : Kamera Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat tengahari. Masih lagi berada di Syawal yang ke dua puluh sembilan. Seperti yang sudah dikatakan entri hari ini akan mengisahkan kisah Aidilfitri sahaja. Mahu dihabiskan sebelum Syawal melabuhkan tirainya. Selepas itu tutup buku kisah Syawal 2014. Semalam aku menghabiskan puasa enam. Alhamdulillah. Tahun ni berpeluang untuk berpuasa enam. Selalunya ada sahaja kekangannya.

Okaylah, kembali kepada tajuk. Seperti biasa bila masa raya adalah masa kita berkumpul beramai-ramai. Tahun ini berkesempatan nak bergambar beramai-ramai. Tetapi bila ramai-ramai ni memang pembagai karenah. Nak panggil sorang-sorang memang mengambil masa. Tahun lepas dapat bergambar beramai-ramai sebelah ayah aku. Tahun ni bergambar sebelah mak aku. Kalau belah mak memang gamat sikit.

Lokasi pertama : Peringgit (rumah mak)


Abang sepupu aku dah standby ambil tempat. Adik aku yang setting kamera masa ni. Nampak aku kat pintu tu memanggil sorang-sorang keluar. Dah rupa makcik-makcik.


Barulah masing-masing keluar.


Sila ambil tempat masing-masing. Kerusi untuk bonda-bonda. Yang berdiri sila pastikan kedudukan masing-masing.


Masing-masing sudah di posisi sendiri.


Snap yang pertama. Dalam gambar ni laki den tak ada - kerja, Nayli - tidur.
Yang berdiri dari kiri : Adibah, Alfidah, Afiqah, Amirah, Nor, Safar, Syahmi dan Sufi.
Yang duduk dari kiri : Mak long, Mak aku, Adriana, Kak Wati, Abang Ripin dan Ammar.


Gaya bebas pertama. Peace!


Gaya bebas kedua.

Lokasi kedua : Batu Berendam (rumah sepupu)


Seperti biasa bila mahu mula bergambar. Kerusi-kerusi sudah disiapkan. Macam studio.


Masing-masing touch up apa yang patut. Yang dah bukak tudung terpaksa sarung tudung balik.


Abang sepupu aku memberi arahan. Hehehe...


Masing-masing sudah amik tempat.


Sedia semua!


Gaya bebas seperti biasa. Peace!


Kemudian mak-mak dara dan anak-anak dara pula bergambar.


Buat gaya pula.


Ayu-ayu sekali bila bergambar.


Gambar keluarga adik aku.


Gambar keluarga kakak sepupu aku.


Gaya bebas daripada mereka pula. Memang seronok time bergambar beramai-ramai tetapi memang mencabar bila nak bergambar. Itu sahaja kisah kami. Cubaan bergambar berjaya walaupun dalam keadaan yang havoc. Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                                       

No comments: