Monday, August 4, 2014

~Rutin Harian Bertukar~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Selamat kembali ke kerja bagi sesiapa yang baru sahaja mula bekerja hari ini.  Pasti lemau selemaunya setelah seminggu bercuti.  Nasiblah aku sudah nai kerja khamis lepas.  Permulaan bulan baru dimulakan dengan rutin harian yang baru.  Itu yang menyeronokkan.

Rutin apa yang berubah? Asben sudah bekerja seperti aku.  Office hour.  Tiada lagi waktu bekerja shif.  Seronok tak terkira sewaktu diberitahu perkhabaran itu.  Tapi simpan dalam hati sahaja.

Rutin harian sedikit berubah.  Sebelah pagi asben akan uruskan anak-anak sebab aku akan masuk kerja WP1.  Sebelah petang aku yang akan menjemput anak-anak.  Bolehlah aku jemput adriana dari tuisyen memandangkan aku keluar pejabat 4.30 petang.  Itu sahaja serba sedikit cerita aku untuk entri tengahari ini.  Mata mengantuk sebab baru selesai makan.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,







                                                                                                         

2 comments:

lovely said...

kembali seperti biasa...
pagi tadi saya siap terlajak lagi.
nasib baik masih sempat solat subuh..hehhe..

Anonymous said...

sibbaik x lompat2 ke awan kan ..

tp mmg best kje opis hour dr shif .. tp kdg2 tu , kelebihan pd shif jgk .. ado pro and cons