SUKA ENTRY DI SINI???

Friday, August 8, 2014

~Hasil Membeli Di Kedai Kota Fesyen~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Tengahari tadi ke rumah Kak Rehan. Hari ini makan banyak, mata pun sudah memberat tahap maksima. Menguap jangan cakaplah. Rasanya sudah lebih sepuluh kali aku menguap sambil mengadap skrin komputer ni. Jadinya, aku tulislah entri ini. Nampak gambar terus terfikir entri baru.

Entri ini kira kesinambungan daripada entri INI. Ingat tak? Malam yang kami empat beranak berposak mencari jubah tapi tak jumpa-jumpa. Aku sampai stress. Angin dah naik sampai kepala namun aku tahan-tahan.

Sekali lagi gambar ini aku up di sini. Kedai Pakistan yang sangat pemurah. Hehehe. Kebetulan lepas sudah kecewa malam itu asben lalu depan Kota Fesyen nak balik rumah. Aku bersuara 'Eh, kedai tu nampak masuk katalog mana ada jual karpet murah, bang." Hah lebih kurang gitu dialog aku. Asben terus tanya "Nak pi tengok tak?" Soal aku macam tu pula. Mestilah jawapan aku NAK! :D
 
Inilah hasilnya. Cermin ni dibeli dengan harga RM25. Percaya tak? Harga RM30 tapi tawar dapatlah RM25. Bab tawar-menawar bagi pada laki den. Kalau aku memang tak pandai.
 
Beli karpet ni sekali letak kat depan tv di dining. Karpet ni RM100. Itulah kisah rembatan aku dan asben malam itu. Kecewa mencari baju raya tapi dibalas dengan kemanisan ini. Manis ke? Duit terbang adaler. Hehehe...Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

2 comments:

Unknown said...

Ade buat jualan rumah ke rumah x?

Unknown said...

Ade buat jualan rumah ke rumah x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart