SUKA ENTRY DI SINI???

Friday, August 29, 2014

~Program Mencari Damai Yang Hilang~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua. Salam jumaat dan salam 3 Zulkaedah 1435H. Salam pembuka bicara untuk pagi jumaat yang indah ini. Syawal sudah pun melabuhkan tirai dua hari lepas. Semoga diberi kesempatan untuk merasai Syawal pada tahun depan. Oklah nak cerita masa hari terakhir Syawal tempohari. Aku menghadiri satu program yang diadakan jabatan.

Program itu diadakan oleh Bahagian Kaunseling JKMN. Program itu dinamakan Program Pengupayaan Kendiri Organisasi "Mencari Damai Yang Hilang." Memang terasa kedamaiannya menghadiri program ini. Dapat hilangkan stress dan meloloskan diri daripada bebanan. Program itu bermula pada jam 8.30 pagi di Kings Green Hotel, Melaka. Orang Melaka pasti tahu di mana lokasi hotel ini.

Aku tiba di hotel jam 8.00 pagi. Ke kafe hotel untuk sarapan pagi.

Usai makan terus menuju ke dewan program. Seramai 60 orang yang menghadiri program ini dari seluruh warga Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ini adalah kertas agenda untuk program seharian itu.

Inilah antara peserta yang menghadiri program pada hari itu.

Antara aktiviti yang diadakan adalah ujian saringan minda.

Ini juga salah satu aktiviti yang diberi adalah membuat layang-layang.

Jam 1.00 tengahari kami disuruh untuk makan tengahari. Lauk-pauknya lazat sekali.

Menu sampingan yang aku amik. Sedap gak keknya.

Jam 2.00 petang slot ketiga bermula. Disampaikan oleh Puan Faridah, Pegawai Psikologi dari IPD Melaka Tengah.

Kemudian dalam jam 4.00 petang pula, Pengarah Kebajikan Masyarakat tiba untuk acara majlis penutup. Selesai majlis penutup, kami dijemput untuk minum petang di luar dewan. Itu sahaja kisahnya untuk 30 Syawal tempohari. Kesimpulannya, program ini memang menarik dan memberi ruang untuk aku melakukan aktiviti di luar pejabat. Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,







                                                                                                         

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart