Monday, August 5, 2013

~Biskut German, Coklat Crunch & Cornflakes Madu~

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua.  Ada yang masih bekerja?Aku sudah mula mencutikan diri daripada kerja-kerja di ofis tu.  Minggu depan barulah kerja dan mengadap balik kerja yang ada.  Bagaimana dengan minggu-minggu akhir puasa ni?Semoga kita dapat mengisikan dengan perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat.  Semoga apa yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan diterima olehNya.  InshaAllah...

Okey, just nak cerita serba-sedikit persiapan raya untuk tahun ini.  Tahun ini masih mengamalkan konsep bersederhana.  Dalam nak berbelanja berhemah, mesti ada je perkara-perkara yang mahu dilaksanakan.  Akan cuba usaha untuk budget sehabis mungkin.  Mampu ke?Tahun ni banyak belanja ke rumah sebab kena tukar langsir dan cat rumah.  Dan yang paling penting tahun ni aku dapat buat kuih raya dalam 5 jenis.  So start jumaat lepas lepas berbuka aku buat kuih raya.  Dapatlah aku buat 3 jenis biskut hujung minggu.

Jumaatnya aku buat biskut german.  Lepas tu hari sabtu aku buat lagi dua adunan sebab tak cukup.  Kena sediakan untuk 3 buah rumah kan.  Itu yang kena tambah lagi.

Ini aku buat semalam.  Biskut coklat crunch.

Dan yang ini biskut conrflakes madu.  Maknanya dah 5 jenis kuih yang aku buat.  Hari ini bercadang nak buat lagi sebab ada bahan-bahannya.  Sayang pula kalau tak buat sesuatu.  Nanti terbiar pula.  Tengok keadaan dulu sebab nak ke rumah mak pasang langsir. Buat bff ku di ofis Kak Nisah dan Mira Mokhtar, kerja rajin-rajin!!Hehehe...

Sekian...








                                                                                                                      

3 comments:

.:fyzz:. said...

amboi meriah nya kuih raya..bagus2..teruskan..fyzz just wat cornflakes madu ja kot..hehe..

eh awak..tq kita dh dpt kad raya dr Melaka semalam..thanks yer...:))

nur-afiz said...

tu rupanya biskut german....

Kakzakie Purvit said...

Buat biskut ni nak mood rajin dan baik Fida baru menjadi kalau nak buat banyak-banyak..

Selamat Hari Raya, maaf ahir batin dari kakak ye:)