Monday, August 12, 2013

~Gambar Keluarga Di Hari Raya~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...Marilah bersambung cerita di pagi raya.  Walaupun asben kerja pagi raya tu tapi kami sempat jugak untuk bergambar empat beranak.  Wajib ada gambar kami anak-beranak.  Bukan apa, sekadar koleksi kami dan juga kenangan di masa akan datang.  Bila anak-anak besar boleh tunjukkan pada mereka pula.

Inilah empat keping gambar family yang sempat diambil pagi tu.  Boleh cuci dan gantung di rumah nanti. Rajinlah nak mencuci gambar?Hehehe...

Tema kami tahun ni pepel.  Walaupun masing-masing tak beli sedondon.  Kebetulan beli baju nana kainnya warna ungu, aku pulak beli kain nasib ada warna ungu-ungu sikit.  Jadilah kan so asben pakailah stok baju lama yang ada warna ungu memandangkan dia sendiri tak mau buat baju baru.  Baju melayu masih elok lagi. 

Belikan ammar je baju melayu dekat Keluargaku.  Ringkas dan simple di pagi raya.

Gambar kami di luar rumah pula.  Ammar dah nampak besar.

Tahun ni masih beraya berempat.  Adakah berlima?InshaAllah jika diberi rezeki.  Motif?Dah kemaruk nak beranak kecik.  Rindu baby sebab ammar dah besar.  Hehehe...Tunggulah...

Sekian entri petang ni.  Bersambung lagi...






                                                                                                         

2 comments:

rina_mazlan said...

Kita samalah tema purple katanya.... Selamat hari raya!

Sweetmama said...

itulah wajib bergambar 1 family di pagi raya...

Selamat Hari Raya