Pages

Wednesday, August 28, 2013

~Skype Penghubung Kami~

Bila dah berjauhan dengan suami ni cakap dalam telefon memang tak puas hati.  Mesti nak tengok juga muka.  Hehehe..Barulah terasa dekat di hati.  Tak gitu.  Sebenarnya semua yang ada aku guna kut.  Whatsapp, kakaotalk, wechat dan terbaru ni skype sebab boleh tengok muka.

Itu pun setelah Kak Nisah ajar.  Mula-mula guna yang gmail tu.  Boleh gak tapi beralih pada skype.  Guna skype ni puaslah sikit anak-anak dapat tengok muka papanya.  Seronok lebih-lebih lagi ammar.  Ammar memang selalu buat sebak je.  Dia dahlah rapat dengan papanya.  Kalau papa kat rumah, mama jatuh nombor dua.  Tak heran pun dengan mama.  Mengikut je si papa pi mana.

Teknologi sekarang memang sudah canggih.  Macam-macam ada.  Nasiblah ada skype ni.  Terima kasihlah ye encik skype walaupun pada mulanya terkial-kial nak guna.  Dah nampak muka asben, asben kata tak nampak muka kita orang.  Ah sudah.  Nak tekan kot mana pula ni?Jenuh membelek ntah macam mana boleh pula.  Tapi jangan tanyalah sebab aku main tekan je.

Whatsapp guna jugak.  Untuk mesej je.  Kakaotalk pun guna gak sebab free call.  Itu jelah.  Semua guna sampai nak termuntah tengok sana mesej masuk, sini mesej masuk...:D






                                                                                                         

No comments: