Pages

Saturday, August 24, 2013

~Ceria Sabtu~

Ceria ke bila berjauhan?Huhuhu...Selamat pagi ye semua.  Aku cuba menceriakan diri sendiri dan juga anak-anak.  Bila sabtu memang hari paling disukai.  Boleh bersantai-santai di rumah bersama anak-anak.  Kalau tolak hari ni masih berbaki 75 hari untuk asben habis kursusnya di nun sana.

Mengira, menghitung itulah rutinku sekarang.  Kalendar menjadi sahabat baikku kebelakangan ini.  Asyik-asyik dok belek kalendar.  Entah apa yang dikiranya lagi aku pun tahu.  Walhal tengok kalendar yang sama bulan yang sama untuk sampai ke bulan november ini.

Aktiviti hari ni?Aku dah ada plan supaya anak-anak aku tak boring termasuklah aku sendiri.  Tapi tak tahulah jadi ke tidak.  Cepat sikit masa berjalan...Okeylah, selamat berhujung minggu.  Aku berhujung minggu bersama anak-anak sahaja sebab suami jauh.

Sekian...









                                                                                                                    

No comments: