Pages

Monday, August 5, 2013

~Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri~

Assalamualaikum....

Entri ketiga hari ini.  Selamat tengahari semua...Dikirimkan kad ucapan di sini daripada aku, suami dan anak-anak dengan ucapan Salam Aidilfitri.  Memandangkan lagi dua hari kita akan menyambut Aidilfitri, aku ingin memohon maaf kepada kalian semua jika ada kata-kata atau ayat-ayat aku di sini membuatkan ada yang terasake, terkecil hati ke sepanjang aku berblogging.  Harap dimaafkan apa yang terkurang sepanjang aku menulis di blog picisan aku ini.

Syawal kian menjelang tiba,
Ramadhan akan meninggalkan kita,
Salam lebaran buat semua,
Ikhlas daripada kami sekeluarga.

Dam dam dum bunyi mercun,
Suasana syawal pasti meriah,
Berhati-hati dalam perjalanan,
Semoga selamat sampai ke rumah.

Sekian penutup entri adalah pantun rekaan daripadaku.  Jumpa lagi..







                                                                                                                    

No comments: