Monday, March 18, 2013

~Sudah Bertindik~

Assalamualaikum.

Entry ketiga untuk hari ini. Ditaip dengan sepenuh hati pada semalamnya setelah seminggu meninggalkan belog ini.  So, hari ini misi membuang sawang di blog ini.  Sila tiup sawang-sawang yang ada di blog aku ni.

Okey, dah hampir nak melalut.  Baik kita straight to the point.  Kisah bertindik ni.  Siapa yang dimaksudkan?Sudah tentu-tentu adriana bertindik.  Takkan ammar pulak kan?Dua minggu lepas, aku dan asben akhirnya bercadang untuk membawa adriana tindik telinganya.  Bolehlah adriana pakai anting-anting.  Baru nampak keperempuanan sikit.  Heee..

Macam biasalah bila bab-bab cenggini, mak dia sudah semestinya over.  Dok kecut perut dan memikirkan adriana yang nak bertindik.  Takut nanti sampai kedai dia tak nak ke, time nak tindik dia menangis ke.  Macam-macamlah.  Sedangkan nak bawak anak-anak pi klinik, aku boleh sakit perut apatah lagi nak bertindik.

Sampai kedai aku dan adriana turun sebab asben nak cari parking.  Sudah tentu-tentu aku yang kena teman adriana.  Pesan dia beberapa kali, nana jangan nangis tau.  Jomlah tengok gambar nana yang sebab asben snap.  Nana cool jea.  Mak dia ada duduk kat satu sudut tak mo tengok.  Huahuahua..

Bersiap sedia.

Aunty ni yang buatkan.

Okey, ready ye.

Maknya tengok dari jauh je.

Lagi sebelah telinga.

Dah siap aku tanya nana.  Nana sakit tak?Dia angguk je tapi nasib tak nangis.  Maknya lega.  Moh kita balik.  Hilang terus sakit perut mak.

Okey, abaikan rambut serabai nana.  Inilah wajahnya setelah ditindik.  Total tindik dan anting-anting hanya RM15.  Okeylah kan?Itu sahaja cerita mengenai nana yang sudah bertindik. 





                                                                                                                      

1 comment:

Anonymous said...

alahaii cute nye..

tingat masa memula ku di tindik , mak angkat g bwk pi kedai mas..

sjak masuk vokey kene plak course kecantikan , kene la bukk anting2 psl gune mesin.. skang lubang dh close.. uhuhuh