Monday, March 18, 2013

~Drama Cinta Kau Dan Aku Di TV1~

Assalamualaikum...

Entry di petang hari merangkap entry melayan perasaan.  Biasalah aku kalau sudah layan drama yang best mesti jadi macam ni.  Ini juga drama yang diadaptasi dari novel Cinta Kau dan Aku dan penulisnya Siti Rosmizah.  Mula-mula memang tak layan pun tapi sebab si Mira Mokhtar kata best aku pun mula mengikuti dan secara tak langsung tengoklah di saluran tv1.  Rasanya sudah lama aku tak tengok channel ni.

Dan akhirnya aku pun tengok episod-episod yang sudah akui tertinggal.  Okey, memang layan habis.  Biasalah layan drama time anak-anak dah tidur.  Gitulah gamaknya.  Layan-layan sampai tertidur.  Huhuhu..Tak sabar nak tunggu episod seterusnya.  Tengok iklan pun dah sedih.  Tunggu mira mokhtar habis baca novelnya sebab dia dah beli novel tu atas desakan seseorang.  Dahsyat.  Heee..Dia beli, aku pinjam.

Sinopsis Cinta Kau Dan Aku
Cerita ni bermula dengan seorang gadis yang cantik, baik dan namun keluarganya hidup dalam serba kekurangan setelah ayahnya meninggal dunia. Sejak itu dia mengubah penampilannya menjadi seorang yang kasar namun masih berbudi bahasa.

Kemiskinan hidup mereka menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pelajaran ke universiti dan terpaksa membantu ibunya berniaga kecil-kecilan di warung. Namun kemudiannya dia mengambil keputusan untuk mengikut temannya, Milah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai pemandu peribadi kepada majikan Milah yang merupakan tokoh korporat yang terkenal. Dengan kesungguhannya, Risya berjaya meyakinkan majikannya untuk diterima bekerja.

Namun tiada siapa yang menyedari dalam diam Farish Hakimi jatuh hati terhadap Risya dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya lelaki itu apabila ibu Risya jatuh sakit, dia segera menghulurkan bantuan kos pembedahan penyakit jantungnya. Rasa terhutang budi dengan lelaki itu membuatkan ibu Risya menyarankan agar Farish Hakimi mengahwini anaknya Risya. Pantas sahaja lelaki itu bersetuju dan tindakannya itu benar-benar mengejutkan Risya yang kemudiannya hanya menurut kehendak ibunya. Mereka kemudiannya melayari bahtera hidup sebagai suami isteri yang bahagia. Apatahlagi baru merasai nikmat cinta setelah berkahwin meskipun adakalanya mereka bertelagah kerana sikap cemburu buta Farish Hakimi.

Tetapi konflik mula berlaku setelah kehadiran keluarga dan bekas tunang Farish Hakimi ke rumah mereka. Mereka mula merancang niat jahat memisahkan pasangan itu dengan segalanya didalangi oleh bekas tunang dan adik Farish Hakimi sendiri. Perangkap di atur mereka seringkali gagal namun impian mereka jadi kenyataan bila satu hari Risya diperangkap bersama teman baiknya. Farish Hakimi yang sedang marah dan gagal mengawal perasaan terus menceraikan Risya tanpa usul periksa. Malah Risya juga terpaksa menerima hakikat dirinya keguguran anak sulong mereka. Ketika itu Farish Hakimi tanpa rasa bersalah berlepas ke UK meninggalkan Risya.

Sangkaan mereka bahawa perpisahan jalan terbaik dalam hubungan mereka meleset. Mereka berdua tetap saling merindu meskipun tidak bertemu. Risya cuba bangkit apatahlagi dia ditawarkan menjadi model di Singapura. Namun ketika di lapangan terbang dia tanpa sengaja bertembung dengan bekas suaminya itu dan sejak itu mereka sering bertemu.
Mampukah cinta mereka berdua kembali bertaut? Atau banyak lagi dugaan dan rintangan diaturkan adik perempuan Farish Hakimi dan bekas tunangnya untuk memastikan mereka takkan mungkin bersatu? Saksikan kesudahan drama bersiri Cinta Kau Dan Aku hanya di TV1.

Saksikanlah drama bersiri ini setiap hari khamis dan jumaat jam 10 malam.  Bersiaran selama satu jam.  Tengok dah macam iklan kan?

 Lakonan Fizz Fairuz antara pelakon yang aku suka tengok dia berlakon.

Digandingkan bersama Sara Ali.

Trylah tengok.  Pada aku memang bestlah tak tahulah korang.  Lain orang lain pendapatnya.  Sambil ikut drama di tv aku nak baca novelnya jugak.








                                                                                                                     

1 comment:

alin wawa said...

Yezzaa...mmg da jatuh cinta dgn citer ni..best sgt.Ditambah dgn jln citer yg buatkan kita tertunggu2 apa plak akan jd..