Sunday, March 3, 2013

~Simple Celebration For Ammar~

Assalamualaikum..

Plan last minit bila nak buat makan-makan sempena birthday Ammar yang sudah hampir dua minggu berlalu.  Dan juga plan last minit bila jumaat lepas aku cadang nak baking kek untuk ammar jugak.  Mulanya aku nak belikan kek untuk ammar jugak tapi bila rasa serba salah menyelubungi diri aku bakingkan jugak untuk dia.

Malam tadi just makan-makan kat rumah mil.  Lepas maghrib baru keluar rumah.  Semalam memang pack.  Pagi semalam aku gigih deko kek, tengari bersiap nak ke kenduri kawin, lepas kenduri ke Kg. Jawa nak tindik telinga adriana.  Sampai rumah pukul 4 petang, asben aku jagakan anak-anak dan aku di dapur baking pavlova.  Yummy!!!

Inilah kek khas untuk ammar daripada mama buat anak mama yang tersayang.  Saja bake kek bentuk nombor 2 sempena hari kelahiran ammar yang ke 2 tahun.

Sesi memotong kek.

Persiapan untuk makan-makan.

Kami beli ini saja untuk makan.

Tahun lepas warna biru, tahun nie pun kek warna biru jugak.

Mahu mulakan untuk makan.

Sempat juga aku baking pavlova.

Bila makan dengan family sebelah asben memang kena makan di bawah sebab family asben besar.  Kalau family aku berapa kerat jea..

Inilah rupanya bila makan beramai-ramai.  Sangat santai.  Itu sajalah cerita berkaitan hari kelahiran ammar.  Sangat simple janji ada juga kenangan untuknya.  Sekian sahaja...Till then..

Publish!





                                                                                                                      

3 comments:

kemei said...

happy brthday!!

lurun namzar said...

epi bexday, ammar.
moga menjadi anak yg soleh.

Orked said...

hepi besday...
smoga jd anak yg bijak pandai