Monday, March 18, 2013

~Bukan Senang Nak Jadi Senang~

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin...

Finally!!!!Aku kembali dan baru berkesempatan mengupdate blog setelah seminggu meninggalkan blog ini untuk menyiapkan sesuatu tugasan.  Gara-garanya aku hampir mahu demam, selsema datang menjengah dan tekak sudah mula perit.  Waktu tu masih belum selesai.  Hampir kecundang tapi perlu diteruskan kerana sudah sampai ke penghujung.  Nasib punya sahabat yang memberi semangat walaupun nanti tidak berjaya tapi sekurang-kurangnya aku sudah mencuba melakukan yang terbaik.

Sebaik mungkin aku telah mencubanya.  Biarlah, jika punya rezeki buat aku dan sahabat rasa bersyukur sangat tapi jika tidak aku redha.  Mungkin ada rezeki di tempat lain atau cara lain.  Tapi aku tetap enjoy melakukannya hingga ke penghujungnya walaupun ada seorang sahabat yang mengalah di saat akhir.

Teringat statement di atas ni, 'bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah.'  Masih memerlukan kekuatan dalam diri untuk meneruskan perjuangan dan cita-cita yang diimpikan.  InshaAllah jika diberi peluang.

Sekian dulu.  Nanti sambung entry lagi yang banyak tertangguh, banyak yang nak diceritakan dan banyak yang nak dikongsikan.  Semoga berjumpa di lain entry.

Nota kaki>>>pic from google






                                                                                                                    

1 comment:

Anonymous said...

betul2

take ure time yew