Friday, February 1, 2013

~Tinggal Kenangan, Al-Fatihah~

Assalamualaikum...

Bila jemari mula menaip, secara tak langsung akan ada entry-entry lain.  Datang rajinnya, maka berupdatelah blog ini.  Sebolehnya tidak mahu menjadikan blog ini bersawang.  Heeeee...

Berbalik kepada tajuk di atas, tanggal 30 Januari 2013 iaitu hari rabu kami mendapat panggilan telefon daripada makcik di KL menyatakan nenek sedara kami iaitu adik kepada arwah atok (sebelah mak) telah pulang ke rahmatullah jam 6 pagi.

Pagi tue, aku seperti biasa bangun seawal jam 5.30 pagi untuk bersiap-siap.  Memandangkan asben keje malam memang aku kena keluar rumah awal.  Sebab nak hantar anak-anak then nak kejar sampai opis sebelum pukul 8 pagi. 

Selesai bersiap, jam 630 pagi aku pun gerak dari rumah.  Sampai betul-betul depan jusco lama aku dapat mesej daripada adik aku menyatakan nenek sedara sudah meninggal dunia.  Memang dia sudah uzur kerana mengidap kanser perut.  Masa mula dapat tahu memang kami ada nak ke KL tapi memandangkan kesihatan mak tidak mengizinkan hasrat itu terpaksa ditangguhkan.

Jadinya, rabu lepas kami semua terpaksa mengambil cuti untuk membawa mak ke KL.  Sebab mak memang rapat dengan arwah.  Mak pernah duduk dengan nenek nie masa kerja di KL.

Adriana bersama arwah.

Gambar ini diambil pada tahun 2011 semasa kami menghadiri perkahwinan di Kelantan.  Kalau tak silap last jumpa arwah nenek nie masa kenduri kawin cucunya di KL.

Sekian entry untuk petang ini.  Inilah gambar yang ada dalam koleksi aku.  Al-fatihah buat arwah.  Semoga rohnya dicucuri rahmat.  Amin..