Pages

Tuesday, February 26, 2013

~Cerita Makan Lagi~

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Pagi selasa yang nendamaikan hati. Update sikit dekat blog sebelum meneruskan kerja-kerja yang ada. Tak sedap badan sebenarnya, tekak sakit. Telan air liur perit jea. Ditambah lagi dengan hidung yang tersumbat. Adoi. Tak baik mengeluh. Bukan ke sakit itu penghapus dosa kecil?

Okey berbalik pada tajuk, malam tadi asben bawak aku dan anak2 makan di kedai. Berehat daripada masak. Kang cakap malas malas salah pulak, so istilah yang baik adalah berehat.

Inilah santapan kami anak beranak malam tadi.


Mee bandung untuk asben


Kerang untuk adriana


Nugget untuk ammar


Otak2 untuk kami


Nasi goreng tom yam untuk aku semestinya. Perut aku mesti cari nasi punya.

Itulah makanan kami untuk malam tadi. Syukur atas rezeki untuk kami sekeluarga. Hari nie tak tahu apa pula santapan untuk kami.
Minggu nie memang banyak cerita pasal makan jea sebab aku tengah mood makan. Berselera jea. Sekian dulu.

No comments: