Thursday, February 14, 2013

~Cuti 4 Hari~

Termasuk sabtu ahad.  Ke manakah?Aku tak kemana-mana.  Hanya duduk bertapa di rumah membesarkan badan.  Aku rasa aku lebih banyak tidur dari membuat kerja rumah.  Hehehe...Makan, tidur, makan, tidur.  Hah gitulah aktiviti aku di rumah.  Keluar pun dekat-dekat area rumah nie.  Dok dalam kereta pun tak panas montot.

Memandangkan asben keje, haruslah aku redha.  Redha ke pasrah?Uwahhhh.  Orang lain berjalan sakan aku hanya di rumah.  Sebab tak sihat nak ke rumah mak pun aku tak sampai.  Cuba sihat mahu panjang langkah.  Sediakan wang saja.

Oklah, mari tengok sedikit aktiviti aku dan anak-anak sepanjang empat hari.

Hari sabtu laki den cuti.  So tengahari aku ajak keluar.  Malas nak masak punya kes.  Aku ajak makan luar.  Kebetulan nak cari telekung baru untuk adriana.

Makan kat fast food.  Anak-anak aku sibuk bermain.

Sampai tak ingat nak makan.

Kita orang makan nie jea.

 
Kemudian bawak nana pi gunting rambut.  Tengok rambut dah macam kak limah.  Dah panjang tak nak beringat pulak.

Akhirnya, maknya terpaksa jugak bawak nana pi gunting rambut.  Sayang sebenarnya nak gunting sebab rambut adriana nie lambat panjang.

Mamat nie tercengang jea.  Kalau dia yang gunting mahu melalak.

Ambil gambar nana.  Aunty nie tengok jea masa aku pegang kamera.  Aunty, mau amik gambar masuk blog ma.  Kata dalam hati jea.  Settle!!Rambut nana dah pendek.  Lepas nana gunting rambut, balik rumah mak kejap.  Mak kata mak masak bubur cha cha.  My favourite.  Haruslah makan.

Ini dia hidangan untuk hari ahad.  Laki den request nak makan nasi lemak.  Gigih bangun pagi terpisat-pisat kat dapur memasak nasi lemak sebab kena masak cepat.  Hari tue asben aku balik dari keje malam.  Dan hasilnya..nasi lemak kasih sayang.  Hehehe..Ini semua poyo.  Petang tue keluar kejap pi mydin pula.  Nak cari telekung nana lagi sebab semalamnya tak jadi pun memandangkan ammar sudah tidur.
 
Hari isnin lagi tak ke mana.  Tunggu orang pasang econ kat rumah.  Then laki keje petang.  Memanglah tidak bergerak ke mana.  Orang datang econ satu hal.  Nak kemas habuk lagi.  Laki aku pi keje jea, aku order makanan seperti di atas.  Mula-mula pujuk hati nak goreng burger jea.  Oh tapi tewas!!!Tekak beriya betul nak makan pizza.  Apa tunggu lagi aku order online jea kat PHD.  Dalam masa setengah jam terpacak sudah mat delivery depan rumah.  Kenyang aku makan 3 beranak.

Dan last day of holiday, iaitu hari selasa.  Masih di rumah yea.  Habiskan lipatan baju yang aku buat 2 trip lipatan.  Ada trip yea.  Itu style aku.  Hehehe...then aku masak nasi goreng jea. Tapi non ado gambar untuk hari selasa.  That's all for today untuk cerita 4 hari itu.







                                                                                                                      

2 comments:

nor faezah alias said...

haaa...awat x hantaq piza skit kat umah mak???hehe..nasi lomak pon sodappppppppp.....

fazilzura said...

wahh .. cuti2 fast food nama nye ni ..