Monday, February 4, 2013

~Seharian Makan Yee Mee Sup~

Assalamualaikum...

Bersambung lagi untuk hari semalam.  Oleh sebab semalam tidak ke mana-mana, asben pun keje petang maka aku masak simple jea.  Sebab hari sabtu sudah makan nasi dengan kuantiti yang banyak dan banyak kali, berulang makan maka semalam aku masak jea yee mee sup.

Hari sabtu adalah hari makan dan hari tidurku.  Asal celik mata jea cari nasi di dapur.  Takkan pula cari kat bilik air pulak kan.  Dan inilah hasil menu untuk semalam.  Masak yee mee sup versi aku.  Aku terperasan kat blog Fizalya ada masak yee mee sup.  Tekak pun tetibe ngada-ngada nak makan.

Inilah yee mee sup versi aku pulak.

Siap untuk dimakan.  Memang simple jea nak masaknya.  Cepat siap dan senang dimasak.

Bahan-bahan yang aku guna:
Yee Mee
Bawang putih
Halia
Sos tiram
Isi Ayam
Carrot
Fish cake
Fish ball
Sayur sawi
Kubis bunga
Kiub ayam dan sup bunjut

Cara-caranya:
1)  Panaskan minyak.  Tumis bawang putih dan halia.
2)  Kemudian aku masukkan isi ayam.  Selepas itu, aku tuangkan air dalam 2 cawan dan aku masukkan 2 sudu besar sos tiram.
3)  Agak mendidih aku masukkan segala sayur, fish cake dan fish ball.
4)  Baru aku masukkan yee mee.  Aku goreng dulu yee mee tue.
5) Sedia untuk dihidangkan.







                                                                                                              


2 comments:

Ya ALya said...

sedap kan....hari ni pun ya masak yee mee sup gak,kali ni ya goreng dulu.....

rina_mazlan said...

Must try!