SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, March 1, 2016

Bawak Kanak-Kanak Riang

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Kita sudah melangkah bulan ketiga dalam tahun ini. Cepat sungguh masa berlalu. Makanya, ini adalah entri pertama untuk bulan ini. Malam tadi terajin nak menulis, maka aku tulislah beberapa auto post entri.

Sabtu, kami bertiga sebab suami balik awal ke BP atas urusan kerja. Makanya aku pun sudah terfikir mahu membawa anak-anak bersantai-santai. Lagipun sabtu tu aku kena hantar Adriana ke kelas taekwandonya. Dah tentu-tentu kena keluar jugak. Jadi aku angkutlah mak aku dan anak buah aku sorang tu, si Nayli.

Kebetulan mak nak cari sandal untuk dipakai ke KL nanti. Bulan Mac ni anak buah aku nak bertunang. Jadi mak nak carilah sandal baru. Katanya tak ada kasut nak pakai jalan. Yang lama sudah haus tapaknya.

Sementara mak ke Bata, aku bawaklah kanak-kanak riang ni ke playground. Mainlah puas-puas sementara tunggu nenek beli sandal. Kalau bawak dia orang sekali nanti nenek tak boleh nak fokus.

Bukan main seronok.

Kemudian, naik tren. Dengan aku sekali naik tren. Cuak gak kut berhenti tengah-tengah landasan. Alhamdulillah selamat sampai. Hehehe...

Selepas mak sudah membeli apa yang dicari, kita orang pergi makan pula. Aku makan teppanyaki. Sudah kemaruk pula. Terpengaruh dengan kawan.

My lil boy.

Nayli memang pantang suruh bergambar. Lentok habis. Kakak Nana tu kelaparan itu yang khusyuk benar. Aku pesan mee sup untuk mereka bertiga. Kemudian aku bahagikan pada tiga. Itu pun tak habis masing-masing makan. Asyik bergurau aje.

Salam pena,



1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Anak-anak usia begitu Fyda lebih suka bermain di playground berbanding makan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart