SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, March 29, 2016

Misi 2 April : Persediaan Demi Persediaan

Assalamualaikum...

Tinggal beberapa hari saja lagi. Persiapan macam biasalah. Hampir siap sepenuhnya. Tak ada apa pun yang nak dibuatkan. Cuma nanti khamis jumaat baru sibuk nak membaking bagai semuanya. Kali ini kek aku tak tempah. Gigih mahu buat sendiri. Lagi pun dah lama tidak membaking kek. Goodies semua aku sudah settlekan. Baik goodies untuk dewasa mahupun kanak-kanak.

Biasalah nak buat kenduri ni memang kerja mengangkut barang dari rumah mak. Bukan pinjam barang rumah aje, barang kakak sepupu sekali aku angkutkan. Selalu aku pinjam tray dia orang. Aku mana ada. Haruslah meminjam. Beli kang tak tahu nak letak mana. Tunggu buat stor nanti barulah ada tempat. Bak kata Tuan Affendy, kalau ada stor lagi banyak barang aku. Wah ayat memerli habis.

Sebahagian barang-barang yang sudah aku angkut dari rumah mak minggu lepas.

tagging makanan untuk candy booth. Aku memang suka buat benda-benda macam ni. Menghiburkan hati sendiri dan buat untuk anak-anak apa salahnya kan.

Sudah siap digunting.

Candy buffet label sudah dicetak.

Ini semua mahu diletakkan sebagai perhiasan nanti. Sumbat aje dekat mana-mana yang sesuai.

Ini goodies untuk dewasa. Dalamnya ada air kotak dan dua jenis makanan.

Topper ni biras aku Kathy Noor yang buat. Dia memang rajin melayan aku. Hahaha....

Dia siap hantar gambar kat aku bila toppernya sudah siap.

Belon minion yang aku beli dan juga belon warna biru kuning. Aku beli belon-belon ini dari SINI.

Ini pula edible image yang akan aku guna untuk diletakkan di atas kek nanti. Aku order online di SINI.
Prop jangan dilupakan. Masing-masing gemar bergambar jadi boleh bergambar puas-puas nanti ye. Itulah serba sedikit persiapan yang telah aku lakukan. Teruja untuk sabtu ni sebab ada maskot pada majlis sabtu ini. Tak tahulah anak-anak lebih teruja atau mak-maknya. :D

Salam pena,



2 comments:

hainom OKje said...

Memanglah....tak de tempat nak menyimpan kang penuh pulak bawah katil hihi.... Seronoknya..... Nampak sangat kegembiraan awak di situ Fyda. Yang penting anak anak happy mommy dia pun suka buat benda benda gitukan....Tak pelah

Kek gambar apa agaknya awak nak buat ye

adianiez AIDA said...

tahniah la fida.
sgt rajin.
aida x rasa kalau aida buat majlis, aida akan buat sendiri semua yg fida buat ni.
for sure aida akan tempah ajer hu hu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart