SUKA ENTRY DI SINI???

Wednesday, July 8, 2015

Catatan 17 Ramadhan : Asam Pedas Lagi Untuk Tetamu

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Salam 21 Ramadhan. Lebih kurang lapan hari saja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Semoga kita gunakan hari-hari yang tinggal ini sebaik mungkin. Semoga kita mendapat rahmat daripadaNya.

Baiklah, berbalik kepada tajuk entri sabtu lepas aku dan suami menjemput keluarga mertua datang berbuka di rumah. Mak mertua aku, ipar duai dan anak-anaknya. Adik beradik suami lima orang. Jadi kalau sebelah dia pun dah cukup ramai berbanding dengan aku yang dua kerat tu je kan.

Jadi menu sabtu tu suami minta aku masak asam pedas. Sekali lagi. Kebetulan ada bahan-bahan yang tempoh hari jadi perlulah digunakan. Jangan membazir kata encik suami.

Berbuka di ruang tamu depan. Tak muat kalau nak duduk ramai-ramai dekat dining hall.

Meriah kan bila berbuka ramai-ramai begini.

Deretan lauk-pauk yang aku masak. Ada asam pedas, sayur, sup ayam, sambal belacan dan lain-lain ada yang dia orang bawak.

Close up sikit lauk-pauknya.

Melepaskan gian yang sudah lama tidak membaking. Tekak teringin nak makan oreo cheesecake. Maka terhasil lah sebiji kek.

Sambal belacan pembuka selera. Itu sahaja kisah ringkas aku dan keluarga pada 17 Ramadhan lepas. Semoga diberi peluang lagi untuk menikmati Ramadhan akan datang. Sebak bila memikirkan hal itu. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



1 comment:

adianiez AIDA said...

terbaik!
menyelerakan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart