SUKA ENTRY DI SINI???

Saturday, July 4, 2015

Catatan 15 Ramadhan : Sotong Masak Hitam Lauk Berbuka

Teks : Fyda Adim
Foto : Ipad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Baru selesai gunting cili kering sambil menonton drama Ayuni Safira episod akhir. Malam tadi tak sempat nak tengok sebab keluar. Jadi hari ini barulah dapat tengok. Pelakon Aqasha mestilah aku ikut jalan ceritanya. Ditambah pula dengan heroinnya Siti Saleha.

Okey, berbalik kepada tajuk entri. Cerita khamis lepas bersamaan 15 Ramadhan. Aku masakkan lasagna lagi untuk adik ipar pula. Kemudian ada asam pedas lebih lauk semalamnya aku panaskan balik. Asben mintak masakkan lauk sotong masak hitam tu. Aku memang tak minat lauk gitu. Tapi sejak kawin ni dah laki suka kenalah suka jugak. Huhuhu...

Jadi itulah lauk tambahan kami berdua. Kebetulan anak-anak tak ada ikut adik aku berbuka di luar. Dia orang tak nak balik dulu. Berdua-duaanlah kami laki bini berbuka.

Inilah lauk kami untuk berbuka dan juga bersahur. Aku tak masak sayur sebab ada ulam kacang botol. Makan gitu aje. Itu pun sudah cukup menyelerakan. Itu sahaja perkongsian aku untuk tengahari ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart