SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, December 9, 2014

~Tugasan Hari Rabu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi smeua. Sudah ke hari selasa. Mahu bercerita kisah minggu lepas. Biasalah blog ini sudah dianggap sebagai diari harian. Rabu lepas aku cuti. Maka habislah cuti tahunan aku untuk tahun ini. Terpaksa cuti juga rabu lepas sebab mahu menjaga ayah aku, emak pula ke klinik untuk rawatan bulanan.

Kebetulan minggu lepas, adriana tak ada kelas tuisyen jadinya asben hantarlah mereka balik rumah mak mertua. Kat sana bila cuti sekolah memang ramai sepupu-sepapatnya memang duduk rumah mertua.

Jadi rabu minggu lepas, tugasan bermula awal pagi. Usai subuh sudah keluar rumah. Dalam 6.30 pagi. Mahu menghantar asben ke pejabat. Dia ke Pulau Langkawi rabu lepas menghadiri kursus uCustoms. Gitulah...

Kita orang sampai dulu. Kawan asben belum sampai. Aku seperti biasalah, menunggu sambil bergambar.

Selepas hantar asben, aku pulang terus ke rumah emak. Singgah cari sarapan untuk ayah. Masa ni sedang bersarapan dengan ayah sambil mendengar radio. Bila dengar radio dengan ayah, lagu-lagunya haruslah yang klasik. Terpaksalah aku mengklasikkan diri hari itu. Hehehe..

Dalam jam 11.00 pagi emak telefon. Sudah habis katanya. Aku bergegas keluar selepas mengemas dapur. Tunggu emak di luar sebab parkir kereta penuh. Kemudian bawa emak ke pasar pula. Balik rumah, aku masak lauk untuk emak dan ayah. Hari itu emak periksa mata, jadi matanya agak kabur sebab diletakkan ubat. Selesai habis tugasan, aku bergolek-golek hingga terlena. Anak-anak tak ada sunyi pula. Tapi hari itu memang hari untuk diri sendiri. Sesekali kan.

Sebelah petang, keluar berjalan-jalan dengan mak dan anak-anak buah. Memang santai habis. Lagaknya macam orang bujang. Hahaha..Okey, nanti aku cerita ke manakah kami? Bersambung.

Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,






                                                                                                                       

1 comment:

AMIIZAA said...

salams, dtg jejak kaki baca entry fida hari nie:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart