SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, December 15, 2014

~Masak-masak Hari Sabtu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat tengahari semua. Makan apa tengahari ini? Aku bawak bekal nasi berlaukkan telur masak kicap. Jadilah untuk mengisi perut. Janji kenyang kan. Itu rezeki untuk hari ini. Okeylah saja mahu berkongsi kisah sabtu yang lalu.

Cerita masak-masak di hujung minggu. Bila hujung minggu memang dinanti-nantikan sebab boleh masak istimewa sedikit daripada hari bekerja. Hari bekerja dapat masak sambal pun sudah berkira bersyukur. Hehehe.

Sabtu lepas ajak adik asben dan biras aku makan tengahari di rumah. Laki bini lah. Dia orang nak amik anaknya Alya yang tidur di rumah aku. Jadi aku masak lebihlah.

Ketam masak lemak cili padi.

Daging masak merah.

Sup ayam untuk anak-anak.

Sayur campur.

Ikan masin untuk penambah selera. Memang bertambah makan. Usai makan mata pun memberat aje. Itu sahaja kisah sabtu. Sabt hari memasak, semalam tak masak sebab ke kenduri kawin dan jamuan hari jadi. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,






                                                                                                                     

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart