SUKA ENTRY DI SINI???

Wednesday, December 10, 2014

~Temujanji Bersama Bonda Dan Anak Buah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Semoga berada di bawah lindungan-Nya. Entri ini adalah kesinambungan entri yang lepas iaitu entri INI. Kisah tugasan aku rabu lepas. Hari aku sendiri tanpa suami dan anak-anak. Sebelah petang aku mesej anak buah aku yang kebetulan balik Melaka bercuti. Niat dalam hati nak tengok anak-anak kat rumah mil tapi nanti ammar nak balik pula. Asben suruh anak-anak duduk di rumah mil. Serba salah. Jadi dalam tidak mahu dibelenggu perasaan bersalah, baik aku pergi jenjalan.

Tak ke mana pun. Anak buah aku bawak pergi Aeon Bandaraya. Dengar aku nak keluar jalan, mak menyuarakan hasratnya untuk ikut. Jadi kami keluar berempat. Tak cukup korum pun. Yelah anak-anak tak ada, anak-anak buah yang lain pun ada yang tak balik. Mana yang ada. Sudahlah beberapa kali nak keluar bersama terpaksa dibatalkan. Ada je yang tak kena masa. Jadi hari itu adalah harinya. Yeahhh! Nama aje berjalan tapi hati teringat kat anak-anak.:(

Masa ni tunggu anak buah aku cucuk duit.

Mula-mula aku ajak makan kat food court. Anak buah aku tak mau. Dia nak makan kat tempat yang lain daripada lain. Aku syorkan makan kat SR ler.

Dia pesan kek. Sedapnya baqq annggg. Dah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke SR.

Aku pulak pesan yang ini. Apa ke namanya. Tapi tomyam. Pedas gile!

Dua orang anak buah aku yang sweet.

Aku dan bonda. 

Selesai makan, cuci mata. Wah kalau ada duit berkepuk, boleh shopping.

Aku, bibik pada Mira Ariffin. Bibik tu makcik. Anak buah tinggi, bibiknya kemetot. Hahaha...Tak suka berdiri sebelah dia. Hahaha. Itu sahaja kisah kami berjimba-jimba. Entah bila dapat hangout lagi. Bukan boleh selalu sebab masing-masing ada komitmen. Sekian dan wassalam.

Aku penulisnya,







                                                                                                         

1 comment:

AMIIZAA said...

cutenya bibik...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart